Saturday, September 3, 2011

PRODUK EMAS FIZIKAL PUBLIC GOLD

PRODUK EMAS FIZIKAL DALAM BENTUK SYILING DINAR EMAS
 
                               Kelebihan melabur dalam bentuk Dinar Emas

 Pelaburan dalam bentuk syiling dinar emas terdapat dalam 3 dominasi iaitu :

1 Dinar ( 4.25 gram )
5 Dinar ( 21.25 gram )
10 Dinar ( 42.5 gram )

Harga mengikut pasaran emas semasa 24 jam.
Boleh layari :
http://www.publicgold.com.my/

Kelebihan membeli emas public gold :

*Tiada kos upah
*Harga dijamin murah -10% perbezaan daripada kedai
emas dalam proses belian dan jualan semula
*Emas padu 916 ( 22k )
*24 Jam pembelian secara online- harga sentiasa
dikemaskini dalam masa 20 minit, boleh lock harga apabila
harga emas jatuh secara online.
*Jaminan pembelian semula daripada pihak syarikat
walaupun emas tercalar ataupun bengkok.
*Tidak perlu risau ditipu- Emas adalah tulen dan berat yang
tepat , terdapat sijil ketulenan emas bagi setiap produk.
*Emas diterima untuk pajak gadai di Ar Rahnu Agrobank


PRODUK EMAS FIZIKAL DALAM BENTUK GOLD BULLION ( EMAS BAR )


Pelaburan dalam bentuk Gold Bullion ( Emas Bar ) terdapat dalam 4 dominasi iaitu:

Emas Bar ( 20 gram )
Emas Bar ( 50 gram )
Emas Bar ( 100 gram )
Emas Syiling ( 50 gram )

Harga mengikut pasaran emas semasa 24 jam.
Boleh layari :
http://www.publicgold.com.my/

Kelebihan membeli emas public gold :

*Tiada kos upah
*Harga dijamin murah -10% perbezaan daripada kedai
emas dalam proses belian dan jualan semula
*Emas padu 999 ( 24k )
*24 Jam pembelian secara online- harga sentiasa
dikemaskini dalam masa 20 minit, boleh lock harga apabila
harga emas jatuh secara online.
*Jaminan pembelian semula daripada pihak syarikat
walaupun emas tercalar ataupun bengkok.
*Tidak perlu risau ditipu- Emas adalah tulen dan berat yang
tepat , terdapat sijil ketulenan emas bagi setiap produk.
*Emas diterima untuk pajak gadai di Ar Rahnu Agrobank


PRODUK EMAS FIZIKAL DALAM BENTUK BARANG KEMAS



Pelaburan dalam bentuk barang kemas terdapat dalam 3 bentuk :

Rantai
20 gram
50 gram
100 gram

Gelang Tangan
10 gram sahaja

Loket ( akan datang )
5 gram
10 gram
20 gram

Kelebihan membeli barang kemas Public Gold :

*Tiada kos upah
*Harga dijamin murah -10% perbezaan daripada kedai
emas dalam proses belian dan jualan semula
* Emas padu 916 ( 22k )
*24 Jam pembelian secara online- harga sentiasa
dikemaskini dalam masa 20 minit
*Jaminan pembelian semula daripada pihak syarikat
walaupun emas tercalar ataupun bengkok.
*Tidak perlu risau ditipu- Emas adalah tulen dan berat yang
tepat , terdapat sijil ketulenan emas bagi setiap produk.
*Emas diterima untuk pajak gadai di Ar Rahnu Agrobank

Harga mengikut pasaran emas semasa 24 jam.
Boleh layari :
http://www.publicgold.com.my/



PRODUK PERAK FIZIKAL DALAM BENTUK SILVER BULLION ( PERAK BAR ) 



Pelaburan dalam bentuk Silver Bullion ( Perak Bar ) terdapat dalam 3 dominasi iaitu:

Perak Bar ( 250 gram )
Perak Bar ( 500 gram )
Perak Bar ( 1000 gram )


Harga mengikut pasaran emas semasa 24 jam.
Boleh layari :
http://www.publicgold.com.my/

Kelebihan membeli Perak public gold :

*Tiada kos upah
*Harga dijamin murah -10% perbezaan daripada kedai
emas dalam proses belian dan jualan semula
*Perak padu 999
*24 Jam pembelian secara online- harga sentiasa
dikemaskini dalam masa 20 minit, boleh lock harga apabila
harga perak jatuh secara online.
*Jaminan pembelian semula daripada pihak syarikat
walaupun perak tercalar ataupun bengkok.
*Tidak perlu risau ditipu- Perak adalah tulen dan berat
yang tepat,terdapat sijil ketulenan perak bagi setiap
produk.
*Perak diterima untuk pajak gadai di Ar Rahnu Agrobank






Saturday, August 27, 2011

TEKNIK MANIPULASI DALAM PELABURAN EMAS

Teknik Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Emas
Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips bagi memaksimakan keuntungan anda melalui pelaburan emas khas kepada semua pembaca .  Saya harap teknik2 yang ditunjukkan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda bagi memaksimakan keuntungan anda melalui pelaburan emas. Semua tips2 ini saya perolehi dari sifu-sifu emas di Malaysia dan telah pun saya praktikkan. Selamat membaca!
TEKNIK PERTAMA :  Beli emas & Jual apabila harga naik.
Apa yang perlu anda lakukan adalah beli EMAS SEKARANG. Kemudian jual apabila harga telah melonjak naik. Ini adalah teknik biasa yang dilakukan oleh pelabur dan penyimpan emas. Anda sendiri tentukan bila sepatutnya mendapat keuntungan dari emas simpanan anda.
Kebanyakan orang yang baru hendak bermula akan teragak-agak untuk membeli emas pertama mereka walaupun mereka tahu pelaburan emas ini sangat menguntungkan. Ini kebiasaannya berlaku apabila harga emas meningkat tinggi. Mereka takut harga emas akan jatuh selepas mereka membeli emas. Pemikiran seperti ini haruslah dielakkan.
Ingin saya ingatkan para pembaca sekali lagi bahawa pelaburan emas adalah lebih sesuai untuk jangka masa sederhana & panjang (setahun ke atas). Berdasarkan analisa harga emas 10 tahun kebelakangan ini, walaupun harga emas ada turun naiknya, tetapi trend harga emas sentiasa berada dalam keadaan menaik. Jadi anda pasti akan dapat membuat keuntungan dengan emas. Bertindaklah sekarang!!


TEKNIK KEDUA :  Beli emas secara berterusan & konsisten.
Kaedah ini memerlukan disiplin anda, iaitu dengan membeli emas secara konsisten. Dengan teknik ini anda akan mendapat keuntungan secara pemurataan kos (cost averaging). Contohnya target anda untuk membeli 20gram jongkong emas setiap 2 bulan. Berdasarkan trend harga emas yang sentiasa menaik, jika anda membeli emas secara konsisten maka purata harga emas anda akan menurun.

Tarikh Harga Belian
Tarikh Harga Belian
15/1/2009 1823.2 29/1/2010 2430.8
11/3/2009 2025.8 23/3/2010 2475.8
18/5/2009 2070.8 21/5/2010 2656
13/7/2009 2048.2 23/7/2010 2678.4
1/9/2009 2149.6 6/9/2010 2813.2
3/11/2009 2385.8 17/11/2010 3016

(Harga emas ini berdasarkan harga emas kitco.com dan ditukar kepada Ringgit Malaysia dengan menganggap 1 usd = 3.5 MYR)
Jadi kos purata anda pada 2 tahun tersebut adalah  RM2381.13 bagi setiap 20 gram jongkong emas.


Pada 28/11/2010 nilai belian balik pada harga ‘We Buy’ (lihat jadual pembelian balik Public Gold Price) untuk 20 gram emas ialah RM2921 setiap satu. Maka keuntungan anda ialah:

(RM2921 – RM2381.13) x 12 jongkong = RM6478.44 !!

Maka keuntungan anda dengan menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah sebanyak22.67% !.
Jadi mengapa tunggu lagi? Belilah emas sekarang!

TIPS bagi menggandakan lagi keuntungan anda menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah dengan membuat pembelian emas pertama dengan jumlaah yang paling maksimum.
Sila lihat contoh di bawah ini:

Di dalam contoh ini saya telah membuat belian pertama sebanyak 15 jongkong emas seberat 20 gram setiap satu. Mari kita lihat pengiraannya:

Tarikh Harga Belian
Tarikh Harga Belian
15/1/2009 1823.2 x 15 = 27348 29/1/2010 2430.8
11/3/2009 2025.8 23/3/2010 2475.8
18/5/2009 2070.8 21/5/2010 2656
13/7/2009 2048.2 23/7/2010 2678.4
1/9/2009 2149.6 6/9/2010 2813.2
3/11/2009 2385.8 17/11/2010 3016
Jadi kos purata anda pada 2 tahun tersebut adalah  RM2080.71 bagi  setiap 20 gram jongkong emas.
Maka keuntungan anda ialah:

(RM2921 – RM2080.71) x 26 jongkong = RM 21847.54 !!!

Maka keuntungan anda dengan menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah sebanyak40.38% !!.  Wow, macamana…banyak tak?
Jadi mengapa tunggu lagi? Belilah emas sekarang!

TEKNIK KETIGA :  Buat pinjaman untuk beli Emas Fizikal.
Berdasarkan kepada trend kenaikan harga emas yang semakin tinggi sejak tahun 2000, anda boleh rujuk pada analisa saya, satu kajian telah dibuat untuk melihat samada untung atau tidak seseorang membuat pinjaman bank bagi membuat pelaburan emas.
Hasil kajian tersebut mendapati dengan membuat pinjaman dan membeli emas fizikal memang
menguntungkan. Ini adalah kerana pulangan daripada kenaikan harga emas adalah jauh lebih tinggi daripada kos meminjam wang. Dengan kata lain pinjaman untuk membeli emas fizikal adalah pinjaman yang baik.
Apa yang dapat saya katakan disini adalah pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya, manakala pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.
Baiklah tanpa membuang masa, dibawah ini adalah hasil analisa berdasarkan data yang sebenar.

KAJIAN KES:
Pada Mei 2002 jika anda membuat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat sebanyak RM10 000 untuk tempoh 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April 2007. Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13 620.00
Jika RM10 000 itu anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (harga pada 2 Mei 2002) maka anda dapat 8 Keping Kijang Emas 1 Oz



Apabila pinjaman peribadi anda sudah dilunaskan pada April 2007, nilai semasa Kijang Emas 1
Oz ketika itu adalah RM2351.
Dengan kata lain, 8 keping Kijang Emas itu kini berharga RM18 808.00 (RM2351 x8)


Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00 bersamaan pulangan 51.88% .
Katakan anda tidak menjual 8 keping Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga 6/12/2010 – berapakah keuntungan anda?

Pengiraan:
Harga Kijang Emas pada 6/12/2010 ialah RM4505.00 seunit
Jadi RM4505.00 x 8 keping = RM36,040.00!!


Keuntungan bersih anda ialah RM22,420!! dalam masa 8 tahun (bersamaan 224%). Purata
pulangan ialah 28% setahun. Memang Lumayan!!

rujukan harga Kijang Emas:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

TEKNIK KEEMPAT :  Beli emas dan Pajak dan Beli lagi Emas.
 Sekarang saya akan terangkan pula teknik yang digunakan oleh kebanyakan pelabur2 emas tegar bagi menjana keuntungan mereka iaitu melalui teknik manupulasi Ar-rahnu. Tetapi teknik ini hanya boleh digunakan oleh pemegang emas fizikal sahaja. Jika anda sudah beli emas fizikal…teknik ini sesuai untuk anda.
Caranya amat mudah sekali. Sila lihat step-step dibawah ini:
  1. Anda mestilah ada emas fizikal. Jika masih belum ada, boleh la beli dengan saya (hehe..sempat promote lagi tu). Lebih banyak kuantitinya maka lebih bagus. Kemudian pajakkan emas anda di ar-rahnu ketika harga emas rendah. Kemudian hasil pajakan emas tadi, anda beli lagi emas fizikal. Saya cadangkan beli emas Public gold memandangkan spread harganya yang rendah. Ini sekali gus dapat memaksima kan keuntungan anda melalui teknik ini.
  2. Kemudian anda pajak belian emas kedua tadi di ar-rahnu. Hasil pajakan tersebut, anda beli lagi emas fizikal. Proses beli dan pajak ini boleh diulangi 2@3 kali. Sebab itu saya katakana lebih banyak modal anda maka lebih bagus. Jika modal anda lebih dari RM100,000 maka proses beli dan pajak itu boleh diulang sehingga beberapa kali.
  3. Pastikan anda mempunyai emas fizikal di tangan anda pada penghujung proses ini. Tujuannya adalah untuk menebus kembali emas-emas anda dalam pajakan ar-rahnu apabila harganya emas naik dengan mejual stok emas ditangan anda. Proses di boleh diulangi sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
  4. Di akhir proses ini anda akan mendapat semula emas pertama anda + keuntungan setelah menolak kos upah simpan di ar-rahnu berdasarkan kenaikkan harga emas semasa yang kian meningkat.

Proses pajak & beli emas fizikal.
TEKNIK KELIMA :  Melabur sambil berniaga Emas.
Sekarang saya akan dedahkan satu teknik rahsia kepada semua pembaca blog. Dalam banyak-banyak teknik diatas saya kira teknik inilah yang mendatangkan pulangan yang paling lumayan. Teknik yang akan saya tunjukkan adalah teknik melabur sambil berniaga!!. Ya…teknik ini tidak dipengaruhi oleh pasaran emas yang turun naik. Dengan teknik ini anda akan sentiasa menjana keuntungan walaupun berhadapan dengan situasi-situasi berikut:

Senario 1 : Beli Emas dan Jual Emas tersebut dengan harga yang sama kepada pelanggan = Anda Untung!!
Senario 2 : Beli Emas Masa Harga Rendah dan Jual waktu harga Tinggi = Anda Untung!!
Senario 3 : Beli Emas Masa Harga Tinggi dan Jual waktu harga jatuh= Anda Masih Untung!!!

Bagaimana melabur sambil berniaga?
Salah satu caranya adalah melabur sambil berniaga emas dengan menjadi agen Public Gold. Dengan menjadi agen Public Gold, anda bukan sahaja boleh membuat pelaburan emas fizikal untuk diri sendiri namun anda turut berpeluang menjual emas pelaburan keluaran Public Gold. Produk mereka yang sangat berkualiti, harganya berpatutan (jauh lebih murah berbanding harga jongkong emas di kedai emas) dan dapat membolehkan anda menjana pendapatan sampingan. Public Gold merupakan pengeluar emas pelaburan yang menjual emas pelaburan pada harga antarabangsa.


Keuntungan menjadi agen Public Gold.
Apabila anda menjadi agen Public Gold maka anda akan menjual dan membeli emas Public Gold mengikut harga semasa. Harga semasa ini dipaparkan di laman web www.publicgold.com.my dan harga ini berubah setiap 20 minit.

Apabila anda menjadi agen Public Gold anda akan mendapat faedah-faedah seperti berikut:
1. Komisyen jualan 1.5%
Anda akan mendapat komisyen jualan sebanyak 1.5% daripada nilai emas Public Gold. Samada anda membeli stok untuk simpanan sendiri ataupun menggantikan stok yang dijual anda tetap mendapat komisyen 1.5%.Sebagai contoh, berdasarkan harga emas Public Gold diatas, jika anda menjual 1 keping jongkong emas 100 gram Public Gold dengan harga RM14,057 + RM30 kos pengangkutan maka komisyen anda adalah RM210.85 sen (kos pengangkutan tidak dikira di dalam komisyen).

2. Keuntungan belian balik diatara 5%-6%.
Jika pelanggan ingin menjual balik emas Public Gold kepada anda, maka anda akan membelinya pada harga “We Buy” (lihat harga diatas). Harga ini adalah 5% – 6% lebih rendah daripada harga emas semasa. Jadi anda jimat 5%-6%. Jika ada pelanggan baru yang ingin membeli emas yang sama beratnya maka anda boleh jualkan emas tersebut dan mendapat untung atas angin sebanyak 5%-6%.
Sebagai contoh, Jika pelanggan ingin menjual kembali 100 gram Public Gold maka anda akan
membelinya pada harga RM13,354. Jika ada pelanggan baru yang ingin membeli 100 gram
emas Public Gold daripada anda maka anda boleh menjualnya pada harga RM14,057 + RM30.
Anda akan mendapat untung atas angin sebanyak RM733.00 untuk urusniaga ini. Best bukan?

3. Beli stok banyak ketika harga emas jatuh dan mendapat keuntungan bila harga naik semula.
Salah satu cara mendapat keuntungan yang lebih ialah dengan membuat belian stok sebanyak mungkin apabila harga emas jatuh. Ini membolehkan anda mendapat keuntungan apabila menjual emas tersebut ketika harganya naik. Anda boleh mendapat keuntungan tambahan bernilai ratusan ringgit dengan membuat teknik ini.

SUMBER : http://www.barakahemas999.com/

Thursday, August 25, 2011

PELABURAN EMAS vs ASB vs UNIT AMANAH

Kenaikan harga emas yang konsisten setiap hari mungkin menarik minat ramai pelabur untuk memilih emas sebagai salah satu pilihan didalam portfolio pelaburan mereka, pelaburan yang sihat adalah pelaburan pada jangka masa sederhana dan panjang, walaupun harga emas naik secara berterusan, ia sebenarnya tidaklah memberi pulangan yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat kecuali keajaiban secara tiba-tiba berlaku (krisis, bencana, perang , kekurangan minyak, kejatuhan ekonomi US, biasanya akan menaikkan harga emas) , seperti juga pelaburan ASB, unit amanah atau Bank Rakyat, pelaburan emas memerlukan suatu tempoh masa untuk ia naik dan boleh dijual bagi mendapat pulangan yang lumayan. Jika disimpan selama mungkin pun, harga emas akan kekal naik.
Pelaburan pasif yang lain seperti ASB, Tabung Haji ataupun di Bank Rakyat adalah bentuk pelaburan yang popular di Malaysia. Rata-rata mereka yang berduit mempunyai akaun didalam setiap pelaburan yang disebut diatas. Kami di hargaemas cuba membawa anda untuk satu pilihan/option/medium pelaburan yang sebenarnya sudah lama tetapi semakin popular dari sehari ke sehari ia itu BELI, SIMPAN dan JUAL EMAS.
Sebelum anda berfikir untuk memulakan pelaburan emas, selidik dahulu berapa simpanan anda ada sekarang, lihat simpanan di akaun ASB, di tabung haji dan pelbagai pelaburan yag lain dan tuliskan di kertas “saya ada RM________ di ASB, saya ada RM_______ di Tabung Haji dan saya ada RM ______ di Unit Amanah, bagi mengetahui berapa simpanan semasa anda. Setelah meneliti simpanan yang ada, baru anda boleh tentukan berapa cash anda boleh melabur didalam emas.
Seterusnya kita bandingkan pulangan bagi setiap pelaburan

1) Tabung Haji – pelaburan di Tabung Haji memberi pulangan dividen sekitar 4-5% setahun, diluluskan oleh syara’ dan mudah untuk potongan gaji, boleh dikeluarkan pada bila2 masa waktu bekerja dan sebagai persedian untuk melaksanakan ibadah haji bagi org muslim.
2) ASB – Unit amanah saham yang diuruskan oleh PNB kebiasaanya memberi pulangan dividen sebanyak 5-8% setahun, mudah untuk potongan gaji, boleh dikeluarkan pada bila2 masa waktu bekerja di banyak tempat dan ada juga bank menawarkan pinjaman untuk pelaburan ASB.
3) Bank Rakyat – Salah satu pelaburan pasif yang membeli dividen yang tinggi setiap tahun sekitar ~15% tetapi terhad dan sukar untuk menjadi ahli.
4) Unit Amanah – Pelaburan pasif dan sederhana dengan pulangan 10-15% setahun samada dalam bentuk dividen, bonus dan capital gain, memberi lebih banyak pilihan dana, diuruskan oleh konsultan untuk keluar masuk tunai dalam tempoh masa tertentu hari bekerja, dan pelabur boleh menggunakan wang kwsp untuk melabur disini.

Setelah meneliti semua bentuk pelaburan diatas dari segi pulangan, kelebihan dan sebagainya, mari kita melihat prestasi pelaburan emas sebagai salah satu pilihan didalam portfolio pelaburan pelabur.

1) Berapa pulangan/keuntungan emas setiap tahun?

One year Pelaburan Emas vs ASB vs Unit Amanah

Sepanjang 2010, harga emas naik sebanyak 34.13% setahun. Jika dilihat dari untuk tempoh masa yang lama, contohnya graf 10 tahun dibawah, harga emas adalah konsisten naik melebihi 450%

10 year Pelaburan Emas vs ASB vs Unit Amanah
sumber: goldprice.org

Pelaburan emas adalah mudah, BELI, SIMPAN dan JUAL dimana-mana sahaja dimuka bumi, walaupun ketika krisis perang, kemarau, bencana, bank ditutup, pelabur masih boleh menjual emas untuk mendapatkan barang keperluan ataupun keluar dari rantau yang dilanda bergolak.

2) Berapakah bentuk pelaburan emas?  Ada beberapa bentuk pelaburan emas, yang popular (1) biasanya adalah secara fizikal iaitu dengan membeli emas 999 (24karat) samada dalam bentuk rantai, jongkong, dinar ataupun wafer. (ii) Ada juga beberapa bank menawarkan pelaburan emas dalam bentuk unit, dimana pelabur boleh membeli emas dalam bentuk unit dan diberikan buku akaun.Dana pelaburan tersebut akan diniagakan mengikut harga jual beli emas semasa. Bagaimanapun pelaburan emas fizikal lebih popular kerana boleh dijual beli pada bila2 masa malah pelabur boleh meniagakan emas mereka dan ditukar hakmilik dengan mudah.

3) Bagaimana untuk memastikan pelaburan emas fizikal lebih selamat? Jika pelabur membeli emas dalam kuantiti yang besar, dan bimbang jika rumah dimasuki, Ada banyak bank yang menyediakan perkhidmatan Peti Simpanan Deposit dengan harga yang rendah dan mampu milik sekitar rm70/Tahun. 


Sumber : http://www.hargaemas.com.my/

KENAPA ANDA PERLU MEMBELI EMAS ???

Mengapa anda perlu membeli emas?

Untuk pengetahuan anda, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.
Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang.
Saya ambil contoh syiling Kijang Emas:
Harga untuk 1 Oz (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada 18 Julai 2001 ialah RM1082.00 dan pada 17 Jun 2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!
Ini adalah kenaikan harga sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun atau purata kenaikan 25.95% setahun!!
 


Harga Emas dunia 10 tahun

Dalam konteks harga emas pasaran dunia, mari lihat carta ini:

Pada Jun 1998, harga emas adalah 300 USD per Oz (RM30.86/gram)
Pada Jun 2008, harga emas mencecah 890 USD per Oz (RM91.50/gram)
Ini adalah kenaikan 284% dalam 10 tahun bersamaan 28.4% setahun!
Ini jelas membuktikan bahawa pelaburan di dalam emas sangat stabil, hebat dan memberikan pulangan yang tinggi (sekitar 25 – 28% setahun)

 Cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.
Antaranya ialah:
Dengan membaca info diatas, anda akan mendapati bahawa terdapat beberapa peluang membuat pelaburan emas di Malaysia, pilihlah yang mana satu anda berkenan dan bersesuaian dengan kemampuan anda .


Sumber : http://jutawanemas.com/v1/kenapa-emas/

Wednesday, August 24, 2011

TIPS: TEKNIK MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM PELABURAN

Tanpa kita sedar, banyak keputusan yang kita lakukan di dalam kehidupan ini, tidak kira dari segi apa sekalipun, ianya lebih banyak berdasarkan Emosi berbanding Informasi. Kegagalan menggunakan medium yang tepat ketika membuat keputusan, terutamanya dalam aspek pelaburan akan mengakibatkan individu itu menanggung risiko kerugian dan sentiasa diganggu oleh ketidaktentuan emosi yang disebabkan oleh turun naik sesuatu pelaburan itu.
Sebagai panduan, sebelum anda membuat keputusan untuk memulakan sesebuah pelaburan, pastikan anda mampu mengenalpasti 3 jenis Informasi ini :

1- FaktaSesuatu yang boleh dibuktikan kebenarannya melalui sumber2 tertentu.
2- Pendapat / Pandangan Sesuatu yang mungkin Benar, dan mungkin juga Salah berdasarkan   
    fakta atau logik seseorang.
3- Prinsip Sesuatu yang dasarnya telah termaktub dan tidak dapat diubah.

Hari ini, faktor utama kegagalan dan kerugian seseorang itu dalam pelaburan adalah disebabkan mereka membuat keputusan pelaburan hanya berdasarkan kepada Pendapat / Pandangan seseorang, rakan2 atau sesiapa sahaja yang sebenarnya mereka sendiri tidak dapat memastikan kesahihan pendapat yang diberikan.

Sebagai contoh, apabila seseorang mahu memulakan pelaburan Emas, mereka akan meminta pendapat dari Peniaga Emas, Tukang Emas, Pegawai Bank, rakan2, pasangan dan lain2 lagi yang mana perbezaan pendapat diantara mereka itu mengakibatkan seseorang individu itu serta-merta menangguhkan hajatnya untuk membeli Emas, dan akhirnya membuatkan mereka terus menerus mengeluh kesal apabila melihat harga Emas yang kian mendaki tinggi dari hari ke hari.
Berbanding jika keputusan itu dibuat berdasarkan kepada Fakta yang selama ini telah membuktikan apabila berlaku krisis ekonomi / kewangan di Amerika, maka harga Emas akan melonjak tinggi disebabkan oleh permintaan yang meningkat bagi tujuan melindungi nilai kekayaan dari lenyap ditelan oleh arus kemelesetan.
Fakta juga membuktikan dimana apabila krisis kewangan berlaku, maka kuasa beli oleh Wang Kertas (Dollar) semakin menyusut dan membuatkan harga Emas akan menjadi semakin mahal. Contoh, jika sebelum ini kita cuma perlu membayar $800 sahaja untuk membeli 1 Troy Oz Emas, kini disebabkan oleh penyusutan kuasa beli, maka kita terpaksa membayar sehingga $1900 untuk membeli Emas yang sama beratnya.

~ Berdasarkan Fakta ini, kita telah mendapat satu keputusan bahawa ketika ini adalah waktu terbaik untuk kita membuat pelaburan ke atas Emas berbanding pelaburan dalam bentuk yang lain.
Prinsip Asas secara semulajadi (Fitrah) telah menentukan bahawa setiap perkara yang berlaku, pasti akan ada perkara yaang berlawanan dengannya. Sebagai contoh, setiap kehidupan pasti ada kematian, jika ada yang sihat pasti ada yang sakit, jika ada yang baik pasti ada yang buruk, jika ada yang diatas pasti ada yang dibawah dan jika ada yang naik pasti ada yang turun.
Sir Isaac Newton telah memperluaskan prinsip yang dinamakan Newton’s Law ini dimana mengikut prinsip ini “For an every action, must be equal an opposite direction (Untuk setiap tindakan, pasti akan ada tindakan yang berlawanan)”.
~ Berdasarkan Prinsip ini, sekiranya kita mengharapkan harga Emas di pasaran terus menerus naik tanpa mengalami sebarang penurunan langsung baru kita mahu membeli Emas, bermakna kita sedang menafikan Prinsip Fitrah yang sememangnya tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Kita mahukan sesuatu yang berlawanan dengan Prinsip semulajadi, yang mana ianya adalah amat mustahil, ibaratnya seperti menunggu kucing bertanduk dan membuatkan sampai bila2 pun kita tidak akan membeli Emas.
Memang benar harga Emas akan turun dan naik, tetapi bukanlah harganya turun dan naik dalam ‘Range’ harga yang sama, sebaliknya, setiap kenaikannya akan sentiasa lebih tinggi berbanding harga tertinggi sebelumnya, dan apabila ia turun pun ia tidak akan turun sehingga ke paras yang sama rendah seperti harga terendah yang sebelumnya.

Kesimpulannya ~ Ayuh mula membeli Emas sekarang dan jangan terpengaruh dengan naik turun harga dalam tempoh masa yang singkat kerana berdasarkaan Fakta awal kita tahu bahawa harganya akan terus meningkat dalam jangkamasa sederhana dan panjang.


Sumber :http://www.barakahemas999.com/